Wednesday, February 01, 2012

Bulb anandalei & Dhuha




NOT a MYTH...ITS real. Big nice clone this one. thanks from nursery in melaka. desas-desus mengatakan asal pokok ni is n9. wallahua'lam.

wei mac, abg adik MU sudah kena belasah. tp paling best carling cup final vs cardif. one thing for sure, m'sia will be all over the pitch....hehehe. tony macha, ada apa dgn QPR...?

"Rasulullah s.a.w. bersabda,"Dalam syurga, terdapat pintu yang bernama Ad-Dhuha. Apabila tiba Hari Kiamat, ada seseorang menyeru, 'Mana orang yang mendirikan solat Dhuha? Inilah pintu kamu. Masuklah ke dalam syurga dengan iringan rahmat Allah." (Riwayat At-Tabrani)

Rasulullah s.a.w. keluar menemui penduduk Quba ketika mereka melaksanakan solat Duha, lalu . Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Solat Duha dilakukan apabila anak-anak unta telah berasa kepanasan (kerana sinaran matahari):" (Riwayat Muslim dari Ahmad).

Sembahyang Dhuha berbeza dengan sembahyang sunat Isyra' (Syuruk). Waktu Dhuha ialah waktu bumi mulai panas, diberi contoh apabila anak unta mulai merasa panas semasa duduk di atas permukaan tanah, lebih kurang pukul 10 pagi. Akhir waktu Dhuha ialah masuknya waktu Zohor.

Waktu Sembahyang Sunat Isyra' ialah pula ialah sekitar 15-20 minit selepas masuk waktu Syuruk. Pahalanya dikatakan menyamai pahala haji dan umrah, 3 kali diulangi oleh Baginda.

"Sesiapa yang bersolat Fajar (Subuh) berjemaah, kemudian duduk dan mengingati Allah sehingga matahari naik, kemudian bersolah 2 rakaat, akan mendapat ganjaran seperti Haji dan Umrah." Dia berkata : Rasulullah s.a.w berkata : "sempurna, sempurna, sempurna". (Sempurna bermaksud pahala penuh)

Jabir bin Samurah (RA) berkata, "Setelah solah subuh, biasanya Rasulullah (SAW) tetap duduk di tempat solahnya sehingga setelah matahari naik." ( Sunan an-Nasai)

Ada juga diriwayatkan bahawa pahala duduk di tempat solah sehingga naik matahari adalah menyamai pahala jihad. Duduk di tempat solah sehingga naik matahari juga adalah satu jihad iaitu jihad melawan nafsu.

No comments: